Tips : Bila Anak Mengamuk Teruk
*****************************
Cabaran adalah guru kita. Jika anda tercabar lebih di dalam mendidik anak-anak,
maka sedarilah anda sedang digurui oleh anak-anak anda.
Menerimanya dengan sabar dan penuh sedar diri dan berlapang dada adalah amat penting dalam konteks peningkatan diri.
Menerimanya dengan sabar dan penuh sedar diri dan berlapang dada adalah amat penting dalam konteks peningkatan diri.
Tidak ada orang yang sangat sabar hari ini,
tidak melalui cabaran yang telah membina diri mereka.
Jika salah seorang anak-anak anda sangat
mencabar perangainya, dialah guru paling utama bagi anda buat masa ini.
Semalam cucu Ibu, Muhamad telah berkelakuan sangat mencabar mamanya. Muhammad berusia hampir 2 tahun dan pada usia ini seorang anak sedang mengalami apa yang Ibu selalu katakan tahap - EGO CETRIC dan INDIVIDUATING. Dimana mereka hanya sedar keperluan mereka sahaja. Mereka hendak dan mereka hendak, tanpa memahami perasaan orang lain.
Seorang anak pada usia ini kuat mengamuk dan
tidak mahu mendengar kata. Dia juga belum pandai untuk bergaul. Pada usia begini, bila disekat apa yang mereka
mahu lakukan, mereka akan mengamuk. Ini tiada kaitan dengan akhlak. Ini adalah
perkembangan seorang manusia. Dengan bijak dan sabar, seorang ibu atau bapa
boleh memimpin anak itu keluar dari tahap ini dengan baik dan mempunyai akhlak
sosial yang baik.
Bila sesaorang kurang faham mengenai tahap ini adalah perkembangan diri seorang anak kecil dan berlaku di dalam diri semua diri manusia, maka mudahlah orang itu memberi judgement kononnya anak itu buruk akhlaknya dan ibu bapanya tidak pandai mendidik.
Sabar dulu, sebelum membuat andaian begitu.
Jangan kita hendak memberi stress yang tidak perlu kepada ibu bapa yang anak-anaknya
sedang melalui tahap ini. Kita dahulu pun melalui tahap ini. Cuma kita tidak
ingat.
INDIVIDUATING adalah satu tahap yang penting
di dalam perkembangan diri seseorang anak itu. Ianya berlaku pada usia 1.5
tahun ke 2.5 tahun. Sekirannya ditangani dengan baik, maka tahap ini akan
berakhir dengan segera dan beralih kepada tahap INTERPERSONAL dan SOCIAL
AWARENESS dan EMPATHY.
Kembali kepada cerita cucu Ibu Muhammad, sejak hari Isnin dia keluarganya kecuali papanya tidur di rumah Ibu. Maka suasana berlainan dengan rumahnya. Banyak benda yang selalu dia buat di rumahnya dia tidak dapat lakukan dan sudah beberapa hari dia berasa sangat kecewa disebabkan itu.
Hendak bermain dengan kakaknya juga dia tidak
dapat kerana kakaknya bermain dengan sepupunya. Namun Muhammad terlalu kecil
untuk dibenarkan turut serta dengan mereka. Maka bertambah membuaklah
kekecewaannya. Ditambah dengan rindu kepada papanya yang sedang 'outstation'.
Semalam kerana sudah sampai 'limit', maka dia
menangis, mengamuk dan menjerit-jerit melepaskan geram dan meluahkan
perasaannya.
Apa yang Ibu hendak cerita di sini ialah respons mamanya yang memahami situasi yang sedang dilalui oleh anaknya ini. Dia menenangkan anaknya. Sedikit pun dia tidak meninggikan suara dan memarahi anaknya. Diambilnya anaknya itu digosok dipeluk dan dibacakan ayat Quran.
Masih tidak tenang juga anaknya itu. Oleh kerana Muhammad sangat manja dengan datuknya (grandfather), maka Grandfathernya pula yang menenangkannya. Diambilnya Muhammad dibawa mandi dan disebutkan segala doa-doa yang baik dan kata-kata indah untuknya. Hampir setengah jam di dalam bilik air, jeritannya masih kedengaran. Sangat tenang Grandfathernya menangani 'melt down'cucunya itu. Setelah setengah jam lebih barulah Muhammd tenang dan berhenti menangis dan mengamuk.
Ibu tahu mungkin ada yang mengatakan, mengapa tidak dipukul atau dijeritkan saja kepadanya untuk dia diam. Ibu tahu ramai yang melakukan sedemikian. Kononnya takut anak naik kepala. Sebenarnya, ini bukan masa mendisiplin anak supaya tidak naik kepala. Kerana semasa 'melt down' ini, si anak kecil itu sebenarnya sangat memerlukan kefahaman kita, kasih-sayang kita dan keprihatinan kita dalam dia menewaskan 'monster' yang sedang mengawal dirinya itu. (Ibu pernah menulis mengenai ini sebelum ini).
Ya, bila ditengking dan diherdik memang anak itu akan namun ada juga yang akan menjadi lebih teruk. Ya, memang anak itu akan senyap kerana takut, namun apa yang berlaku ialah semangatnya juga akan terkubur bersama.
Langkah mengendali situasi itu dengan kasih sayang dan tenang mungkin nampak lambat, namun ia memberi kesan jangka panjang yang baik.
Menghargai dan memahami bahawa anak kecil itu
sedang berasa sangat kecewa dan perlukan kasih-sayang kita untuk membantu dia
mengawal emosinya yang sedang bergelora itu adalah amat penting.
Setelah dikendalikan dengan baik oleh mama dan grandfathernya, malam itu Muhammad tidur dengan tenang dan lena kerana situasi 'melt down' nya itu dikendalikan dengan tenang. Semasa bangun pagi tadi pula dia kembali good mood terutama setelah melihat video papanya yang bercakap kepadanya yang dihantar oleh papanya semalam.
Semalam itulah guru kami di rumah kami. Dia mengajar kami terlalu banyak ilmu berharga. Allah datangkan guru kami mendidik kami menjadi lebih sabar di dalam diri seorang anak kecil, cucu kami, Muhammad.
Ibu sangat bersyukur kerana Allah memberi kami kebijaksanaan dan kesabaran yang kami rasa amat luar biasa dalam mengendalikan keadaan itu.
Sepanjang perkara itu berlaku, Ibu teringat
akan hadith Nabi Muhammad s.a.w.
Dari Aisyah r.a.: Ada seorang Arab dusun
datang kepada Nabi Saw. sambil berkata,
“Engkau mencium anak-anak, sedangkan kami tidak pernah mencium mereka.” Nabi Saw. menjawab, “Apa dayaku apabila Tuhan telah mencabut kasih-sayang dari hatimu.” (HR. Bukhari).
“Engkau mencium anak-anak, sedangkan kami tidak pernah mencium mereka.” Nabi Saw. menjawab, “Apa dayaku apabila Tuhan telah mencabut kasih-sayang dari hatimu.” (HR. Bukhari).
Di dalam keadaan berkecamuk dan mencabarkan seperti semalam, kasih-sayang kerana Allahlah yang menjadikan kita sedar diri bahawa anak kecil itu hanya alat yang Allah hantar untuk mendidik hati dan jiwa kita.
Ibu mendoakan anda senantiasa dapat menerima
cabaran dan belajar mendepani cabaran-cabaran itu dengan baik.
Source : Ibu Rose
Source : SALWASALEH
Comments
Post a Comment