#TravelwithSyaHasyaviolet : Umrah bersama Suami dan Anak
#TravelwithSyaHasyaviolet : Umrah with my princess (#sweethasya) and Husband
Intro - 1st Entry
Intro - 1st Entry
Sebenarnya, ini kali pertama
Sya share pengalaman travel secara bercerita. Sebelum ini, just jawab soalan²
yang ditanya. So, maafkan Sya kiranya ada tulisan atau bahasa yang tidak kena
di mata dan hati. Plus, kalau ada terguna mix BM dan BI pun maafkan juga ya.
Ini kisah pengalaman Sya
semasa travel pada bulan Disember 2016 ke Tanah Suci Mekah and Madinah Munawwarah.
Bila MIL call B (Husband) bertanya sama ada kami hendak mengikutnya, soalan
pertama ialah Hasya (my 3.5 years old girl) boleh ikut? MIL bagitahu ini adalah
satu²nya direct flight yang tinggal (AirAsia) kerana yang lain sudah penuh.
Ibarat mengantuk disorong bantal sebab memang lama menyimpan hasrat nak ke sana
tetapi selalu memikirkan tentang bagaimana Hasya kalau kami pergi. Memang happy
sangat dapat jadi tamu Allah. Kami pergi berempat (kami bertiga dan MIL) dan
saudara mara MIL (4 orang).
Sejujurnya, Sya memang rasa
nervous sebab kami bukan pergi JJCM, Jalan² Makan Angin or Jalan² Nak Rehat.
Hendak pergi beribadat, tempat suci, masa pergi dulu masih single and tidak
injured seperti sekarang. Namun, tanya experience orang lain, rata² memberikan
advise² positif. Antara tips barang yang perlu dibawa (must have) ialah
stroller dan/atau babycarrier. Kami kemudian decide nak membawa stroller
sahaja.
Things to do:
1.
Apply for Visa
(diuruskan oleh travel agensi) but we must prepare document as follows :
-
Suntikan vaccine
for umrah (Pregnant Lady x perlu) and get kad pengesahan from klinik/hospital.
Cost kami ketika itu around RM180 each
-
Pengesahan
Salinan (Certified True Copy) Sijil Nikah
kami (Pejabat Agama di mana daftar nikah)
-
Pengesahan
Salinan Sijil Kelahiran Hasya (Pejabat Pendaftaran)
-
Passport
Antarabangsa mesti atleast 6 month valid dari tarikh expired
-
Gambar for Visa Umrah
(latar belakang putih). Bagitau kedai gambar nak buat Visa Umrah, dorang tahu
- Note : Untuk makluman, bermula tahun 2013, kerajaan Arab Saudi sudah menetapkan wanita berusia 18-45 tahun yang ingin menunaikan umrah perlu ditemani mahramnya. Bagi wanita yang berusia 45 tahun ke bawah & berkahwin, diwajibkan CTC (Certified True Copy) sijil nikah kalian di pejabat agama yang kalian daftar semasa nikah.
2.
Beli stroller.
Memang effort jugalah nak beli new stroller ni. Sya pikir nak beli jenis boleh
lipat. Kalau beli yang murah pun duit juga kan. So Sya pikir why not terus cari
yang berbaloi and affordable so tahan lama. Antara yang disurvey iaitu McLaren
dan Yoyo memang agak lebih daripada budget kami. Jadi akhirnya kami
memilih stroller yang kebetulan seller tengah buat jualan pengenalan.
Alhamdulillah, stroller done.
3.
Buat checklist
barang yang perlu dibawa (kumpul barang sikit-sikit, masuk dalam bag besar yang
diberi). Ubat-ubatan is Must Have Item
4.
Pergi kelas Umrah
kat mana² cawangan Travel Agensi
5.
Bagitahu anak yang
kita akan ke sana.
-
Kami tunjuk
gambar Kaabah - bagitau dia, kita akan pergi Umrah sekian-sekian hari, dan masa
juga
-
Ajar dan
dengarkan selalu Talbiah (Labaikallahumma Labaik). Hasya suka dengar lagu
Talbiah by Raihan
6.
Jaga kesihatan
diri dan anak
7.
Kumpul duit. FYI,
kos untuk hasya memang sama dengan orang dewasa kerana cuti sekolah dan pergi
pada bulan Disember.
8.
Tukar duit Riyal.
Kami standby bawa USD dan RM juga.
9.
Activate roaming
(Call Telco provider macam Celcom, Maxis dll). Jangan lupa off kan voice
message sebab even off handphone, kita akan kena bear the roaming charge
10. Contact travel agensi untuk tahu nama hotel Mekah dan
Madinah. Lepas dapat tahu, kami google untuk tahu distance hotel dari Masjidil
Haram/Masjid Nabi
11. Doa. Ada orang kata, kalau nak jadi Tamu Allah, kita
akan diuji dengan ujian Masa, Kesihatan dan Kewangan dan kami akui kami melalui
ketiga-tiga ujian. Tetapi inshaAllah kalau sudah rezeki jadi tamuNya, semuanya
akan dipermudahkan. So doa banyak². Macam Sya, memang mintak Mak Sya doakan Sya
Hari pertama
Hari yang ditunggu telah tiba. Oleh kerana kami akan
bertolak tengah malam dari rumah. Kami memperuntukkan sepanjang pagi untuk
packing, tagging bag, kemas dan lain-lain. Settlekan semua urusan dunia hehe
(urusan bank, zakat, registration sekolah baru hasya dan lain-lain sebab masa
balik nanti dah new year). Memastikan hasya tidak penat adalah satu cabaran
kerana malam bertolak dia tidak tidur. Memang practice kami, dia akan
diberitahu dari masa ke semasa mengenai plan travel. Seawal yang boleh. Maybe
kerana itu juga dia tidak tidur. Excited atau takut ditinggalkan?
Beg kami
Flight kami bertolak pukul 5 pagi dan kami diminta berkumpul
di airport pukul 1.30am. Akhirnya dalam
pukul 3 lebih (ketika briefing oleh wakil Agensi Travel), Hasya akhirnya tidur dalam
stroller. Ketika itu, kami diberi penerangan tentang niat di miqat, and
diberitahu perlu solat subuh sejurus naik kapal terbang. Kami kemudiannya
diberi passport dan tiket.
Sya rasa semakin nervous bila melihat tiket yang kami
bertiga tidak duduk sekali. Seat hasya ternyata jauh sangat dari seat kami. Doa
“rabbi yassir walatuassir” tidak putus² agar dipermudahkan. B kata, tengok kat
dalam plane nanti how it goes. On the way masuk kapal, B pakai ihram dan kami sama²
bergilir ambil wuduk. Departure hall di KLIA2 sangat jauh jadi stroller memang
sangat membantu. Alhamdulillah syukur sangat.
Ujian pertama kami berlaku ketika masuk ke dalam pesawat. Kami
perlu angkat hasya dari stroller. Sebab stroller perlu ditinggalkan di pintu
kapal terbang. Hasya terbangun dan seperti dijangka, memang ada masalah dengan
seat kami. Bukan setakat kami tak dapat duduk sekali, seat kami pun sudah
diduduki orang. Oleh kerana lama menanti flight attendance to rearrange our
seat, Hasya jadi uncomfortable. Ngantuk plus panas menyebabkan dia sudah start
menangis. Walaupun kami sudah dapat semula seat kami, tetapi lelaki yang duduk
di sebelah seat B tidak mahu beralah. Jadi takkan hasya duduk seorang jauh dari
kami?
Sementara menanti, sudah ada mata yang sinis memandang kami.
Kami cuba mampu berdoa segalanya dipermudahkan walaupun flight attendance masih
gagal untuk rearrange seat kami. Kegagalan itu disebabkan terlalu banyak
masalah seat ketika itu dan ramai keluarga tidak dapat duduk sekali cuma kami
satu-satunya yang mempunyai anak kecil. Flight attendance sudah mula sibuk
menguruskan urusan untuk depart, meninggalkan kes kami tidak diselesaikan.
Sungguh ujian untuk kami. Last solution, kami decide hasya akan dipangku
sehingga sampai ke Jeddah. Tetapi tiba-tiba sahaja, seorang daripada penumpang
yang duduk di hadapan kami, mencadangkan kakak di sebelah ku beralih tempat ke
sebelah, dan makcik di sebelahnya untuk mengambil tempat di kerusi hasya yang
kebetulan bersebelahan dengan cucunya. Alhamdulillah, semua setuju dengan
cadangan penumpang tersebut. Satu ujian selesai alhamdulillah.
Tidak lama selepas departure, kami solat Subuh. Memandangkan
kami memang menghala ke Mekah, memudahkan untuk menentukan arah kiblat. Kami
solat duduk ketika itu. Kemudian cuba untuk tidur. Cuma 1st meal
nasi lemak langsung tidak dijamah. Kami memang stanby roti dan biskut dan
itulah yang hasya makan. 2nd meal kami ialah sate. Alhamdulillah,
memang favourite Hasya. Serius sepanjang perjalanan, Sya memang sentiasa
mengharapkan agar segera sampai. Hasya dapat juga tidur walaupun tidak lena.
Maybe kerana keadaan seat yang sempit. Most of the time, dia tidur di lengan
Sya. Kadang-kadang beralaskan meja makan. Bila tidak tidur, dia pergi ke tempat
duduk MIL. Alhamdulillah MIL dapat duduk area depan “flight bassinet” so
kawasan agak lapang dan berhampiran dengan toilet.
Breakfast - Nasi Lemak
Dalam satu jam hendak sampai ada pengumuman untuk berniat
Ihram Umrah di Miqat “Qarnu 'l-Manāzil”. Sya memang niat
Ihram Umrah bersyarat kerana takut datang period semasa dalam ihram. Allah,
terasa gerun juga di hati. Dalam Ihram ketika bersama anak tetapi Sya memang
bersangka baik sahaja dengan Dia, sure Dia akan mudahkan urusan kami.
Note :
1. Kes kesilapan dalam pengagihan seat kapalterbang
ini maybe kes terpencil, tetapi kita boleh beritahu travel agensi terlebih awal
supaya kejadian seperti ini tidak akan terjadi. Bayangkan ketika itu, flight
attendance tidak dapat menyesaikan kes ini dan membiarkan sahaja kami settlekan
sendiri. Memang bad experience.
2.
Stroller boleh dibawa hingga ke pintu kapal cuma
perlu mendapatkan tag daripada petugas
airlines. Tidak termasuk dalam kiraan beg walaupun stroller tu boleh dilipat
dan dimasukkan dalam beg khasnya
3.
Oleh kerana Hasya sudah start minum Fresh Milk,
kami tidak bawa sebarang susu ke sana. Cuma standby botol susu just in case dia
minta susu
Selesai untuk intro dan perjalanan pergi kami dalam kapal
terbang.
InshaAllah Sya akan sambung untuk next Entry.
Comments
Post a Comment