Aplikasi Telefon Pintar yang boleh / akan digunakan semasa menunaikan Haji


Sebagai persediaan untuk ke Tanah Suci, beberapa software yang perlu di install di Tanah Air, untuk digunakan di sana adalah seperti :

1.       Careem / Uber  – Software untuk (penggunaannya ada seperti Grab di Malaysia). Biasanya kami gunakan untuk perkhidmatan pengangkutan (kereta) ke tempat Miqat untuk Umrah Sunat, atau menziarahi rakan di hotel lain/Mekah. Di Madinah, kami gunakan untuk ke Masjid Quba’, ziarah tempat-tempat bersejarah seperti Jabal Uhud, dan makam syuhada’ Uhud, membeli belah di ladang Tamar atau menziarahi teman & rakan yang tinggal di Madinah.


Note : Rasulullah bersabda yang bermaksud: “Sesiapa yang pergi ke Masjid Quba’ dari rumahnya dalam keadaan berwuduk dan solat sunat dua rakaat di dalam masjid berkenaan, ganajarannya adalah satu pahala umrah.
 
2.      ALmaQsad – Aplikasi Maps & Navigation untuk Masjidil Haram. Aplikasi ini dapat memberi panduan kepada jemaah haji untuk merasai dimensi pengalaman yang berbeza semasa berada di dalam Masjidil Haram. Disamping itu juga, aplikasi ini dapat membantu jemaah dalam menjaga keselamatan diri dan sebagai persediaan untuk lebih berdikari tanpa mengharap bantuan daripada pihak TH atau agensi.



3.       imo untuk penggunaan free video call and chat. Di sana, penggunaan video call menerusi aplikasi WhatsApp tidak dapat digunakan. Justeru itu, solusi alternatif untuk membuat panggilan video secara percuma adalah menggunakan imo. Sudah tentu perlu ada data plan untuk menggunakan aplikasi ini.



Semua software ini boleh didownload di Google Play atau Play Store (Android). Semoga bermanfaat dan urusan haji & umrah dipermudahkan.

#SyaHasyaviolet
Kuala Lumpur

Comments

Popular Posts