Senarai Barang Keperluan Menunaikan Haji - Khusus untuk Jemaah yang ada Sport Injury


Assalamualaikum, good day everyone.

Ketika mendapat tawaran untuk menunaikan Haji, kaki memang sudah cedera (ACL Knee, Condrol Injury dll). Barang-barang yang disenaraikan ni khas untuk injured person like me. Sya share di sini, sebagai panduan. Orang tak injured maybe perlu atau tak perlu depends pada situasi.

1. Good shoes that perfect for you

Sya bawak 3 psg sandal/selipar yang selesa as a backup sebab sya tahu agak sukar mencari kasut yg selesa di sini. Banyak actually cuma akan makan masa nak mencari. Masa sangat Mahal harganya di sini.

Kenapa kena Selesa? Sebab jemaah Haji muassasah normally hotel jauh from masjidil haram, khemah di mina pun jauh Dr Tempat melontar.

 Sya beli ninja shoes khas untuk dipakai dalam masjidil haram. Sebab dia agak tebal dan Ada grip kat bawah tapak. Dan rupa seperti stokin. So masa tawaf dengan keadaan ramai dan ditolak, kurangkan risiko kita jatuh. Maklumla Kan, injured, sangat fragile kalau ditolak. Lantai Di Tempat saie juga agak sejuk, jadi kurangkan risiko kaki bisa-bisa dek jalan banyak Di saie. First time umrah tu sya X pakai, so terasa juga bisa kaki ni bila X pakai. Tq Kak Karolina Wan Hassan sebab bagi contact number seller kasut ni. Jasamu dikenang

 2. Kerusi yang handy dan praktikal

Due to my injuries yang hardly nak solat sujud, duduk antara dua sujud yang sempurna, kerusi is a MUST.
Boleh bawa satu from Malaysia, dan boleh beli di sini . Cheaper dan bagus juga. Balik nanti X perlu bawak balik. Wakaf je kat masjidil haram/masjid Nabi. Tapi boleh je nak bawak balik, kakak roomate Sya beli baru khas nak bawa balik Malaysia sebab best sangat katanya.

 
3. Mask yang bagus

Sini agak berabuk, jemaah ramai yang batuk. Pakai mask dari hari pertama sampai. Masa dalam ihram, perempuan tidak boleh menutup muka so standby beli Nosk (produk untuk letak dlm hidung) sebagai alternative. So selain dalam ihram, pakai ke mana-mana please.

 Kita dah injured kan, so better jangan ada pakej sakit lain pula.

 4. Supplement macam Vitamin C.
Carik la yang bagus, yang cukup dose untuk sehari so that kita tak perlu bawak banyak supplement. Kami berjaya beli supplement vitamin C yang viral tu tapi actually any brand boleh as long as sesuai untuk diri memasing.

5. Plaster (pain killer), spray dan knee guard/ braces yang sesuai
Sya bawak plaster yang my orthopedic bagi as bekalan. Berat plaster pun dah almost 2kg, tapi kami bawa juga sebab rasa memang penting sgt plaster ni as part of usaha to reduce the pain. Spray pun digunakan bila pain dah semakin unbearable. Dua benda ni ada dijual di pharmacy.

Knee guard sya pakai as nasihat my fisioterapi. Any brand pun boleh tapi mesti try dulu before beli. Kena selesa, lembut dan X ketat sgt. Sya bwk juga knee braces tapi sya tak pakai sbb kurang praktikal untuk jalan jauh.

 6.  Activity checklist
Activity checklist ini actually apa yang kita nak buat kat sini (Mekah/Madinah) supaya kita tak buang masa. Ganjaran 100ribu weh, tempat lain tak ada. Zikir ke solat sunat, nak baca Quran. Nak tawaf sunat. Yelah, injured person like me, kena tahu kemampuan diri. Kena set masa yang sesuai ke Masjid.

Jangan buang masa tak tentu hala, too much spend for shopping atau membawang? Haha. Jangan X caya, kat sini ujian aktiviti membawang masih ada, so better elakkan diri. Nak dapat Haji Mabrur kan. So bila ada checklist kita akan lbh focus insyaAllah.

Biasanya jangan pulun sangat before pergi masyair (kerja-kerja Haji, wukuf, mabit, melontar, tawaf Dan saie Haji). Kena Jaga kesihatan as well. Dah siap kerja haji nanti, bolehlah pulun sampai kita balik malaysia. Masa ni nak buat umrah sunat banyak kali, nak masuk hijr Ismail, nak cium Hajar Aswad pun pergilah.

7. Buku doa
Sama ada buku doa yg dibeli atau doa yang Kita buat sendiri. Bawak ke mana-mana, baca di tempat-tempat mustajab di sini. Kalau doa orang kirim doa pun compile siap². Senang tinggal baca je.

Itu sahaja setakat ini. Syurga Tu Mahal harganya so doalah kita dapat jadi penghuninya.

Dah dhuha time so bye for now.

.

#SyaHasyaviolet
#50daysTrip
Makkah alMukarramah

Comments

Popular Posts