Checklist & Senarai Barang Keperluan Untuk Menunaikan Haji
Assalamualaikum & Morning everyone,
Jemaah yang akan menunaikan haji pastinya tertanya-tanya apakah keperluan barang yang perlu dibawa ke sana bagi memudahkan urusan Haji di sana kan. Pengalaman kami dulu, kami compile semua list yang kami dapat daripada kursus haji, pengalaman Jemaah haji yang pernah pergi dan sumber daripada carian di website/media sosial. Kemudian kami berbincang sama ada kami perlukan atau tidak barang tersebut.
1. Set KPI / buat senarai To Do– nak buat
apa tiap hari , pagi buat
apa, waktu dhuha, petang, malam, dinihari, sebelum subuh dll. Nak solat apa,
nak zikir apa, Quran nak baca berapa juz, doa apa nak baca dll
2. List Doa (letak banyak set doa)
3. List Zikir
4. Bawa Termos air + sedikit roti/biskut untuk
ke Masyair (Arafah, Muzdalifah dan Mina). Kadangkala makanan akan sampai lewat,
atleast ada something boleh dimakan untuk mengalas perut
5. Di Muzdalifah tiada makanan atau minuman,
jadi sebelum bertolak ke Muzdalifah, ambil air panas di Arafah
dan simpan sedikit makanan untuk dijadikan bekalan
6. Sebelum ke Masyair/Hari Arafah, beli sejadah
yang ada span/getah di bawahnya. Boleh beli juga yang ada penyandar. Lebih
selesa untu duduk lama utk zikir dan doa
7. Beg
galas.
8. Ear phone (Ketika solat jumaat boleh dengar
melalui frekuensi radio menerusi telefon)
10. Optional:
Cerek Letrik - Semasa di sana, kami mendapat cerek yang sudah berkarat dan
tidak begitu bersih. Walaupun sudah dicuci, karat masih tidak dapat
dihilangkan. Justeru itu, boleh juga membawa cerek letrik yang kecil bagi
kemudahan Jemaah di sana. Boleh juga beli ketika di sana. Ada dijual di Abraj
Hypermarket di clock tower berhampiran Masjidil Haram.
11. Optional:
Spray Pembersih untuk Aircond (Penyejuk Udara). Tingkap tidak dibuka kerana
agak cuaca agak berabuk, makanya memang 24 jam perlu membuka Aircond. Rakan
sebilik kami kerap batuk ketika berada di dalam bilik. Terfikir juga tentang
kebersihan udara di dalam bilik dek kerana penggunaan Aircond. Adakah pernah
diselenggara sebelum kedatangan kami? Dan terpikir alangkah baiknya kalau kami
bawa spray pembersih ke sana bagi memastikan kualiti udara di dalam bilik lebih
terjamin.
Oh ya, selain daripada senarai keperluan ke sana, Jemaah Haji juga boleh membuat Qurban di Mekah (Boleh berikan sejumlah wang kepada Lembaga Tabung Haji di Malaysia atau berikan kepada Ustaz Kursus Haji yang juga akan ke sana)
Moga bermanfaat dan dipermudahkan urusan Haji & Umrah sehingga mendapat ibadat yang mabrur insyaAllah.
#SyaHasyaviolet
Comments
Post a Comment