Tantrum : Bagaimana MENANGANI ANAK-ANAK KECIL MENGAMUK – Dr. Rozieta Shaary
Bagaimana
MENANGANI ANAK-ANAK KECIL MENGAMUK
Anda boleh membawa kepalanya bersandar di dada anda.
2- bisikan anda sayang dia dan understand perasaan dia.
3- Bagi yang Mulsim boleh membaca ayat Quran dan A’uzubillah hi manasyaitan nir rajim, supaya syaitan tidak mengambil kesempatan kpd nya dan anda. Bagi yang bukan Muslim, anda boleh membaca doa anda.
4-tenangkan dia dengan kata-kata kasih dan anda pun perlu tenang
5- JANGAN SEKALI-KALI MARAH DAN MENJERIT ATAU MEMUKULNYA KONONNYA UNTUK MENDISIPLINKAN DIA. Ini hanya akan menjadikan dia anak yang pengecut atau yang suka memberontak.
Jika anak anda tidak mahu dipegang:
2-Sebutkan anda sayang dia dan dia boleh merengek dan menangis untuk melepaskan rasa tidak puas hatinya.
3-Katakan bila dia sudah puas, dia boleh datang kepada anda dan dia boleh bercakap dengan baik apa yang dia hendak dan anda akan peluk dia.
4- Bila dia sudah tenang, barulah memberitahu dia bahawa lain kali dia tidak perlu mengamuk lagi, dia hanya perlu datang dan memberitahu anda apa yang dia mahu. Jika boleh anda akan memberi. jika tidak alternatif lain akan difikirkan. Semasa ini juga anda boleh menyatakan bahwa anda juga boleh hilang sabar jika dia suka mengamuk. Namun, berilah tahu dengan tenang tanpa menakut-nakutkan.
Tenang dan
kawal diri,itulah
kunci untuk menenang dan mengawal anak anda yang suka mengamuk.
Seperkara yang Ibu hendak memberitahu di sini
ialah bila anak itu mengamuk, dia sebenarnya juga takut kepada ‘monster’
di dalam dirinya itu. Itu sebab bila memarahinya bukanlah jalan yang terbaik.
Bila anda bijak menangani
anak-anak kecil anda mengamuk, apabila anak itu remaja, dia akan lebih tenang
dan mudah mendengar kata.
Comments
Post a Comment