Tantrum : Memberi Harapan kepada Anak yang suka mengamuk
by Ashikin Hashim
1. Pertamanya kita mesti ada ILMU. Tantrum adalah normal di kalangan
anak di bawah 6 tahun.
2. Be symphathetic. SIMPATIlah dengan anak. Tantrum bukan bermaksud nakal. Jangan bunuh jiwa mereka
dengan kata-kata dan doa sebegitu. Jika kita mahu anak kita pulih, maka kita
sebagai ibu bapa mesti berubah dahulu.
3. Semakin dekatkan diri kepada Allah swt. Solat taubat dan mohon ampun kepada
Allah. Mohon kepada Allah agar membantu kita dalam mentarbiyyah anak-anak.
4. Manfaatkan waktu bedtime stories dengan membaca Al-Qur'an di sebelah anak. 30 minit awal
sebwlum anak dapat deep sleep adalah moment yg sangat penting. Kita mahu
menyediakan anak supaya bila dia bangun, dia bangun dalam keadaan yang baik.
5. Sentiasa ingatkan anak. Be good Hasya ! Be good! Please behave. Hasya anak solehah.
Sentiasa. Di rumah. Luar rumah. Dalam kereta. Ketika dia main. Ketika baca
buku. Nasihat yg kita patut berikan sekurang-kurangnya 200 kali!
6. Banyakkan sentuh, peluk dan cium anak. Sentuhan akan memberi keyakinan
kepada anak. Mereka akan rasa kuat dan selesa apabila selalu disentuh.
7. Eye contact dgn anak. Cakap dari hati bukan hanya dari mulut! Orang yang
bercakap dari hati akan sampai ke hati, inshaAllah!
8. Tantrum berlaku kerana masalah komunikasi. Anak tak tahu
nak ekspres diri. Tak tahu nak lampias emosi. Maka dia akan mengamuk untuk
memberitahu betapa marahnya dia, kecewanya dia, sedihnya dia. Maka tunjukkan
cara bagaimana melampias emosi dengan bersabar dengan sikapnya itu.
9. Jika anak mengamuk di tempat awam, peluk dia dahulu.
Dukung dan cuba DISTRACT dia dari terus mengamuk.'Eh, tengok tu lori tu warna
hijaulah. Cantiknya.'
10. Jika anak tidak mahu dipujuk, biarkan dia. Beri dia masa
dan ruang. Lama-lama dia akan penat dan diam. Jadi sabarlah bila dengar dia
menangis atau menjerit. INGAT! Dia belajar menangani emosi dengan melihat
anda. Jadi, tunjukkan contoh yang baik kepada mereka.
11.
Bekerjasamalah.
Suami dan isteri mesti cekal dan bersatu hati. Jika tidak, sukar untuk kita
membantu anak yang tantrum.
12. Kekal positif dan senyum
source : Ashikin Hashim
Comments
Post a Comment