Teaser #TravelwithSyaHasyaviolet

Q & A - Travel with Kids (Airplane)

Hari ini Sya share soalan daripada someone yang baru first time hendak travel jauh dengan anak kecik 2 org. Flight mengambil masa lebih kurang 8jam. Flight malam bertolak pukul 11pm. Kakak 2 tahun 6 bulan, adik boy 3bulan. (Note : Puan ini travel to Australia).

Jawapan Sya adalah berdasarkan pengalaman sendiri dan kenalan serta pembacaan tips travel di Internet.

Soalan 1) Macamana ya parent handle anak todler dalam flight. Mainan/activity apa yang sesuai untuk dia kalau dia tidak tidur. Selain dari gadget

Jawapan : Make sure anak letih so that malam tu diorang akan tidur sepanjang flight. Just make sure jangan tidur right before naik kapal. Pengalaman Sya, pernah dukung anak yang sedang tidur (guna baby carrier) and dalam stroller (masa yang berlainan) so bila kena bukak baby carrier / angkat dari stroler, anak terjaga and susah hendak tidur dalam flight. Normally Sya guna inflight entertainment sahaja sbb anak enjoy pakai headphone (tapi x bukak pun volume) and movie kartun. Sya pernah juga bawa mcm buku kecik2 tapi normally kalau flight mlm akan tutup lampu so Sya akan make sure anak tidur. Memang ada lampu kecil, namun Sya tidak cadangkan sebab faktor kurang cahaya dll.

Soalan 2) mcm mana pack baju utk dorang? Especially pampers (for both of them), susu formula utk kakak. Adik tak kisah sgt sbb bf. Nak bawak susu tu bawak refill packet ke mcm mana? Semua bawak hand luggage? Nak kene declare ke?

Jawapan : Untuk dalam flight, masuk dalam hand luggage. Baju susu pampers dll Sya bawa secukupnya hanya untuk digunakan dlm flight. Sya guna bekas susu kecil Tupperware yang Sya yakin tidak akan tumpah kalau beg terbalik. Sya guna botol air and termos kecil cukup-cukup utk sekali buat susu (Tupperware dan any brand untuk travel ada range ini). Else request air panas/plain water daripada cabin crew. Ada some airline very strict pasal bawa air ke dalam flight. Seorang kenalan pernah diminta rasa air panas yang dibawa walaupun dia sudah mention itu untuk kegunaan susu anak. Tapi alhamdulillah Sya belum pernah mengalaminya.

Kalau for the whole travel period pula, pampers kami akan bwk guna beg knapsack or beg yang boleh dilipat sebab diapers akan makan some space. But dont worry too much for the diapers. Boleh beli di sana unless your baby ada allergic kena pakai certain brand sahaja.
Declare food - Some countries mcm aussie (Australia) and nz (New Zealand) memang kena declare food. Jangan berani-berani tidak listkan anything coz if they find out yang kita tidak declare, saman dia nangis nak bayar hehe. My experience at Christchurch Airport, they opened the box and check list barang makanan kita satu per satu. Don’t worry, diorang akan seal balik kotak kita tu cantik-cantik.

For milk, kami bawa susu yang paket refill depends pada duration travel berapa lama.
Selain susu, jangan lupa standby bawa ubat as well ya.

Soalan 3) dalam flight sejuk kan? Better pakai kan baju tebal/stokin/ seluar panjang siap2 atau mcm mana?

Jawapan : Most of the time, agak sejuk. So, normally Sya pakaikan jeans tapi same time Sya standby baju sejuk and blanket juga

Soalan 4) Kalau macam saya nak bf anak, dan tiba masa nak pam susu dalam flight adakah dibenarkan? Boleh ke mintak tolong flight attendnce tu simpan kan sementara dlm flight untuk keep susu tu sejuk?

Jawapan : Sya memang masa bf selalu bf dalam flight. Make sure wear proper bf attire so tidakla kelam kabut bila nak bf nanti. Pasal pam tu, yes u can. Cuma Sya tiada lagi experience so far. Boleh tanya flight attendance di mana area yang boleh pam kalau tempat duduk tidak sesuai. Boleh juga tumpang letak susu di chiller mereka. Cuma bagitahu mereka in advance.
 
Bf = breastfeed

Soalan 5) better bawak 2 stroller atau 1 stroller n baby 3m just babywearing sahaja?

Jawapan : Sya prefer baby carrier (babywearing) for both. Tapi kalau nak standby stroller satu pun boleh. X masuk dalam kiraan kg beg pun cuma kena declare and been tagged. Cuma untuk memudahkan kita, dapatkan stroller yang paling minimal means boleh lipat dan ringan/handy.Kita boleh tolak stroller sampai pintu kapal cuma masa nak check in/antar beg kat kaunter bagitahu mereka yg u bawa stroller. Nanti mereka akan bagi tag utk tampal kat stroller (they will do it for u). Mcm tag kat beg.
Btw, anak yang dah more than 2years old kena duduk seat sendiri. Some cabin crew agak strict bab ni. tgk airline. Advisable ambil seat yang ada basinate so that baby boleh tidur dengan lebih selesa and u can sleep as well. But it’s not a must.

Soalan 6) Total hand luggage Sya bwk naik flight berapa? Cth backpack 1, stroller 1, hadbag 1 ke mcm mne? 

Jawapan : Tiap org boleh pegang 1bag 7kg. Handbag tidak termasuk. So my husband akan pegang satu beg for pampers.1 beg stroller (tidak dikira as beg). Sya akan bawa satu handbag besar (dalam isi my handbag, pampers baju susu air dll). So my bag boleh letak bwh seat so apa2 tidak perlu nk kena bukak compartment atas tu.

Last but not least, doa banyak-banyak and think positive. Cause doa and fikiran emak utk anak-anak dia sangat powerful dengan izin Allah. Memang akan berdebar-debar but with good preparation, InshaAllah semua will ok. Buatlah checklist to make sure tiada yang tertinggal. No worries and have fun.
 
Next, inshaAllah Sya akan share tips bawa baby naik flight (Kapal terbang).
 
#hasyaviolet #SyaHasyaviolet #kisahSyaHasyaviolet
#TravelwithSyaHasyaviolet

Comments

Popular Posts