365 Tip Didik Anak Gaya Nabi (Bahagian 1, Chapter A)
Entry ini adalah ulasan/ringkasan daripada buku Ustazah Isfadiah mengenai tip mendidik anak gaya nabi.
Bahagian 1 : Melihat Anak Sebagai Amanah (Chapter A)
Adapted :
Book : 365 Tip Didik Anak Gaya Nabi
by Ustazah Isfadiah Mohd Dasuki
Bahagian 1 : Melihat Anak Sebagai Amanah (Chapter A)
- Bisikkan dalam hati "Anak adalah amanah daripada Allah" & aset dan saham kita di syurga.
- Ajak anak-anak membaca lafaz kalimah Syahadah - sebelum tidur dan selepas azan
- Ajar mengenal Allah dengan sifat 20 - pasang lagu, bernasyid dengan anak dan jelaskan maksud
- Didik diri dengan ilmu - ajak anak-anak membaca dan merekod perkembangan Al-Quran
- Didik Anak - Kejadian Alam & Kebesaran Allah : perhatikan alam & tanyakan "Mengapa ia dicipta"
- Didik anak mendirikan solat - buat solat berjemaah dgn anak, pasang video cara² tunai solat
- Bekalkan ilmu agama secukupnya - sesi tazkirah ringkas selepas Magrib, baca petikan surah al-Furqan (ayat 74), beri ruang kpd setiap ahli keluarga berkongsi kefahaman
- Hidupkan Bi'ah Islamiyyah di rumah - pastikan TV ditutup pd waktu Maghrib, tetapkan waktu menonton bersama, pilih waktu & rancangan yg sesuai, selawat Nabi Muhd, baca bersama Quran (15 minit slps solat Maghrib)
- Dekatkan anak² dengan Masjid/Surau - ajak ke masjid utk solat berjemaah, usulkan AJK masjid buat aktiviti untuk anak²
- Tanamkan semangat jihad dalam jiwa anak² - belikan anak² buku tentang pejuang² Islam, ransang anak² supaya minat dgn kisah² pejuang Islam & menjadikan mereka idola, ceritakan kembali kisah pejuang Islam dgn penuh ekspresi supaya roh pejuang Islam dapat meresap dalam jiwa anak
- Ambil peduli perihal sahabat anak² - adakan majlis jamuan utk ahli keluarga & jemput rakan anak², perhatikan personaliti sahabat anak², lakukan dgn senang hati
- Berazam dalam diri supaya istiqamah dalam mendidik anak - menjadi yang terbaik, didikan terhebat seperti Nabi, tulis & tampal azam di tempat yang senang dilihat supaya menjadi reminder terbaik
- Kenalkan anak dengan Rukun Islam dan Rukun Iman - Tuliskan pada papan putih dan gantungkan dalam bilik tidur mereka (dapat lihat/baca sebelum/selepas tidur), dan jelaskan kepentingannya dalam kehidupan seharian
- Perdengarkan Nasyid Ketuhanan - video lagu nasyid (i.e Asma'ul Husna, rukun Islam, solat, cara wuduk,nama-nama Nabi, iqra' dan keluarga Nabi), then lagu-lagu nasyid yang seiring dengan perkembangan/tahap umur anak
- Asah minda Anak Dengan Kuiz - bincang dengan anak tentang topik² agama, then buat kuiz. Sediakan hadiah, atau beri pujian
- Latih anak mengakui kesilapan - biasakan mengaku dan minta maaf, ajar sahut panggilan dengan , dengar penjelasan anak terlebih dahulu before marah/beri denda, jelaskan sebab & kenapa tindakan yang anak buat tu salah
- Berzikir Bersama Anak & Seluruh Keluarga - sebagai pendinding diri, keluar rumah, nak masak, berehat, mulakan pekerjaan, nak tidur/bangun tidur. Anak lihat/dgr setiap perlakuan ibu bapa
- Kenali Fitrah (potensi semula jadi yang dapat dibangunkan bagi menjadikan anak² insan bertakwa) Anak² - Didik anak bertaqwa kepada Allah, elokkan akidah dengan expose pada Al-Quran & Sunnah sejak awal. Beri perhatian pada emosi yang positif dan kawal emosi yang negatif
- Memberi perhatian kepada anak² yang aktif - penuhi hari anak² dengan aktiviti yang dapat merangsang perkembangan diri, ajak bermain blok huruf² hijaiyah, perlu menitikberatkan motivasi, menggembirakan anak, mengambil kira pilihan anak, merangsang imaginasi, meliputi pelbagai kemahiran yang bermanfaat
- Ajak anak Bermain Sambil Belajar - mengikut perkembangan umur, sesuai dengan perilaku mereka, berikan kata² pujian dan semangat untuk mencuba lebih baik (i.e berlumba cari nama Nabi, tampal di dinding dan suruh anak cari semua nama Nabi)
Adapted :
Book : 365 Tip Didik Anak Gaya Nabi
by Ustazah Isfadiah Mohd Dasuki
Comments
Post a Comment